Job Seeker: Middle East
SEE OTHER BRANDS

Get your jobs and human resources news from the Middle East

SUSE Melantik Margaret Dawson sebagai Ketua Pegawai Pemasaran

Ketua pemasaran baharu menyertai SUSE bersama barisan kepimpinan serantau yang diperkukuh, bagi memperluas strategi penembusan pasaran global secara lebih berkesan

LUXEMBOURG, Sept. 08, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- SUSE®, peneraju global dalam penyelesaian perusahaan yang inovatif, terbuka dan selamat, hari ini mengumumkan pelantikan Margaret Dawson sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Melalui peranan ini, Dawson akan menerajui strategi pemasaran global SUSE dan memperluas kehadiran global, selaras dengan komitmen SUSE terhadap pertumbuhan berterusan, inovasi serta kepimpinan dalam teknologi sumber terbuka.

“Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap pilihan dalam kalangan pelanggan perusahaan, SUSE kini berada dalam kedudukan paling strategik untuk menerajui pasaran,” kata DP van Leeuwen, Ketua Pegawai Eksekutif SUSE. “Dengan rekod pencapaian yang terbukti dalam memperkembangkan jenama teknologi dan menjadikan pemasaran sebagai pemacu pertumbuhan sebenar, saya yakin terhadap kepakaran Margaret untuk mempercepatkan kepimpinan global kami dan memanfaatkan peluang ini sepenuhnya.”

“Saya teruja untuk kembali ke dunia sumber terbuka bagi memperkukuh hubungan dengan pelanggan dan rakan kongsi, mengukuhkan suara kami di pasara serta mendorong impak perniagaan yang boleh diukur,” kata Dawson. "Peluang pasaran SUSE amat besar. Menjelang ulang tahun ke-33 sebagai peneraju dalam perisian sumber terbuka untuk perusahaan, saya amat yakin dengan masa depan SUSE yang semakin cerah.”

Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran, Dawson akan mengetuai usaha untuk merangka dan memperkukuh naratif syarikat dalam pasaran perisian sumber terbuka perusahaan, sambil memastikan penyampaian mesej yang konsisten merentasi jenama, produk, pelanggan serta komuniti.

Dawson mempunyai lebih 25 tahun pengalaman luas dalam bidang pemasaran teknologi dan perancangan strategi produk. Beliau merupakan pemimpin global yang bersemangat dalam bidang teknologi, pembangunan jenama, serta memperjuangkan kesaksamaan dan kepelbagaian yang lebih inklusif. Dawson telah mengetuai program dan pasukan yang berjaya di syarikat Fortune 500, termasuk Amazon, Microsoft, HP dan Red Hat. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di Chronosphere, sebuah platform pemerhatian berasaskan awan, di mana usaha kolaboratifnya telah meningkatkan dengan ketara kesedaran jenama, keterlibatan pemasaran dan pendapatan syarikat secara ketara.

Sebagai penulis dan penceramah yang dihormati, Dawson kerap berkongsi pandangan tentang sumber terbuka, teknologi baharu, kepimpinan serta gaya hidup yang berfokus dan bermakna. Diiktiraf sebagai salah seorang wanita terkemuka dalam bidang Pengkomputeran Awan, beliau turut dinamakan sebagai Business Role Model of the Year for Women in IT, Mentor and Coach of the Year dalam Stevie Business Awards, serta tersenarai dalam Top 50 Women Leaders of Seattle oleh Women We Admire.

Selain pelantikan Margaret Dawson, SUSE turut memperkukuh pasukan kepimpinan global strategi penembusan pasarannya dengan pelantikan Dongun Lee sebagai pemimpin wilayah Korea Selatan; Gen Watanabe sebagai ketua wilayah Jepun; Kingsley Wood sebagai ketua seni bina penyelesaian Amerika Utara; dan Joao Pereira sebagai pemimpin sektor awam Brazil. SUSE telah menaikkan pangkat Holger Pfister melalui pelantikan beliau sebagai Naib Presiden bagi rantau DACH, sebagai penghargaan atas peranannya memperkukuh kedudukan SUSE di Eropah ketika semakin banyak organisasi mencari penyelesaian teknologi yang berdaulat. Perluasan kepakaran serantau ini membolehkan SUSE meningkatkan pengalaman pelanggan dengan lebih berkesan serta memenuhi keperluan setempat.

Perihal SUSE

SUSE merupakan peneraju global dalam penyelesaian sumber terbuka perusahaan yang inovatif, boleh dipercayai dan selamat, merangkumi SUSE® Linux Suite, SUSE® Rancher Suite, SUSE® Edge Suite serta SUSE® AI Suite. Lebih daripada 60% syarikat dalam senarai Fortune 500 bergantung kepada SUSE untuk mengendalikan beban kerja kritikal mereka, membolehkan mereka berinovasi di mana-mana sahaja – dari pusat data ke awan, ke hujung rangkaian (edge) dan seterusnya. SUSE mengembalikan makna sebenar "sumber terbuka" dengan bekerjasama bersama rakan kongsi dan komuniti untuk memberikan pelanggan ketangkasan dalam menangani cabaran inovasi hari ini serta membentuk strategi dan penyelesaian masa depan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.suse.com.

Hubungan Media
Sara Matheson
sara.matheson@suse.com

Rachel Romoff
rachel.romoff@suse.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions